Honda Beat Malaysia dapat dua warna baru – RM6,090


Honda Beat Malaysia dapat dua warna baru – RM6,090

Skuter kelas permulaan Honda iaitu Beat sekali lagi disegarkan semula dengan penambahan dua warna baru, hitam dan putih. Ia dijual pada harga RM6,090 tidak termasuk insurans, sementara dua warna sebelum ini, iaitu Matte Silver dan Inexperienced juga masih dijual pada harga sama.

Bahagian lain skuter ini tidak berubah, bermula dengan enjin yang berkapasiti 109.5 cc, dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan menghasilkan kuasa 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.53 Nm tork pada 5,500 rpm. Enjin ini menepati tahap emisi Euro 4 dan mampu memberikan penggunaan bahan api sehingga 59.1 km/l.

Di sebalik panel badan skuter ini, terdapat kerangka eSAF yang membantu menjadikan motosikal lebih lincah dan mudah dikawal. Melalui penggunaan kerangka ini, tangki bahan api dapat dijadikan 4.2 liter, ruang barang bawah tempat duduk menyediakan 11.7 liter dan berat keseluruhan adalah 88 kg.

Kelengkapan lain padanya adalah termasuk sistem brek CBS, rim 14 inci dengan tayar 80/90 di hadapan dan 90/90 di belakang, brek cakera di hadapan dan dram di belakang, fork teleskopik, satu penyerap hentak di belakang, tinggi tempat duduk 740 mm serta penghidup enjin elektrik dan tendang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *